Wednesday, August 24, 2011

contest : CERPEN TERBAIK



nie contest dr adik sy..(dia paksa sy promote huhu)
tekan banner di atas utk mengetahui lbh lanjut..
tujuan contest nie untuk menimba ilmu dan berkongsi cerita..harap anda sume brminat..

hadiah untuk pertandingan ini ialah mini tafsir al-quran..
cuba la n selamat maju jaya..

wasalam.......

Tuesday, August 16, 2011

* Nuzul Al-Quran *

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.


Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud:
“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia,      dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 


Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya


‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.


  Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang    wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya. 


Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya
Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.




salam nuzul Al-Quran kpd seluruh muslimin dan muslimat..smoga pda bln yg mulia ini..kta sntiasa dbrkatiNya..amin..

Friday, August 12, 2011

Assalammualaikum....

em..dh lma x update blog..
huhu


apa shj yg Allah beri..aku yakin Allah mmberi trbaik kpd ku..
cma kdg2 kita xsdr dan tidak memahami..

ya Allah..Engkau berikan la ptunjuk pd hamba..
agr aku kuat..
dan terima ksh ya Allah..krn Engkau sygkn hamba mu yg kerdil ini..



Cinta itu indah..
jika cinta itu kerana ALLAH.. kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..

Rindu itu indah…
jika rindu itu kerana ALLAH… kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…
Kegembiraan itu indah..
jika gembira itu kerana ALLAH… kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira…
.
Sedih itu indah..
jika sedih itu kerana ALLAH.. kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih…
.
Bosan itu indah..
jika bosan itu kerana ALLAH.. kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu bosankan…
.
Kesibukan itu indah..
jika sibuk itu kerana ALLAH.. kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan…
.
Sakit itu indah..
jika sakit itu kerana ALLAH.. kerana kesakitan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan kamu…
.
Benci itu indah..
jika benci itu kerana ALLAH.. kerana kebencian itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu benci…

Kesusahan dan derita itu indah..
jika ia kerana ALLAH.. kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..


Tuesday, June 21, 2011

Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Illahi

17 June 2011
 pd hari Jumaat mnggu lps..fara mndpt result utk frst sem deg..alhamdulillah..wlupun kptsnnya tidk la shbt kwn yg lain..tp fara ttp brsyukur sgt ke hadrat Illahi..yg lulus sume..n still lg 3 pointer..

tp sem dpn aku xblh nak main2 lg..aku kna usaha lbh kuat dr sem lps..

ini juga sume brkat doa family sume..trima ksh sume..syg sgt2 kt sume..




20 June 2011
semalam ayah belikan laptop bru utk fara..hihi..ska sgt2..ini dsbb kn laptop fara rosk..jnis Samsung RV411
nie la laptopnya..hihi

sbnrnya rsa brslh sgt2 sbb kesian sgt kt ayah..huhu..tp insyaAllah fara akn gnakn sebaik mgkn n xakn sia2kn pgrbnn ayh n mak selama nie..dn tidk lupa juga kpd fmily..

ya Allah hamba sgt brsyukr sbb dpt fmily yg mcm nie..trima ksh ya Allah


walaupun Allah sntiasa mmberi dugaan kpd fara..tp fara ttp brsyukur krna dugaan tu dtg dn dberi kpd fara brmksud Allah sntiasa myayangi diri fara n ingt kn fara..

trima ksh  ya Allah stiap apa yg Engkau berikn kpd hamba..tidk kira nikmat ataupun dugaan..hmba ttp brsyukur kpdMu ya Allah..

Tuesday, June 14, 2011

Alasan pabila disuruh TUTUP AURAT....

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? 

Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. 
Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.



 Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

     -Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.


Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

     -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia      menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."


 Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

     -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam   untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.


 Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

     -Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan   kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?


Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

     -Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?


 Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

     -Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau. 


Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 

     -Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?


 Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

     -Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan   menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.


 Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

     -Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.


Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

  -Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?


 Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

   -Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

    -Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 



Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

    -Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu 
juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

Credit @ Sumber :  waleedahyaya.blogspot.com 

Monday, June 6, 2011

KESAL...

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Mendengar dan mematuhi itu wajib ke atas setiap orang Islam sama ada dalam perkara yang ia suka
atau tidak suka, selagi ia tidak disuruh melakukan maksiat. Apabila disuruh melakukan maksiat,
tidak harus lagi didengar dan dipatuhi”


Riwayat Ahmad Dan Muslim

Drpd hadith diatas..kita dpt mlihat 2 pgjrn..
 Peraturan yang baik dan menjurus ke arah kebaikan hendaklah dihormati dan dipatuhi. Begitu juga perlu ada     kepatuhan terhadap ketua sama ada arahannya dipersetujui atau tidak, melainkan jika arahan itu menyalahi peraturan dan merupakan maksiat kepada Allah S.W.T.
 Menegur dan menasihati ketua yang mengarah melakukan perbuatan mungkar dan menyalahi adalah wajib kerana berbuat mungkar dan menyalahi peraturan itu merupakan suatu kezaliman. Sebaliknya ketua itu hendaklah diberi nasihat supaya tidak melakukan kemungkaran dan membuat sesuatu yang menyalahi undang-undang.


zmn skrg..kita dpt meliht byk maksiat yg brlaku..dan yg pling dikesali..dilakukan oleh saudara Islam kita sndiri..
knp ini brlaku?sape kh yg slh?


adkh slh kuarga sndiri?
adkh slh diri sndiri?
adkh slh msyrkt d sekeliling?


              SIAPA???


adkh kita ada mmkr ttgnya atau pun tidak??..tnya la pd diri sndri..


prkara2 ini prlu kita fkr krn ini adlh melibt kn agama kita sndiri n saudra islam kita sndiri..pntg utk kita ssama Islam utk mmkir ttg ini..utk kptgn brsma..spaya Islam tidk dpndg hina oleh msyrkt lain..


brdoa la kita kpd Allah supaya..kita sntiasa drhmati oleh Allah..n saudara2 Islam kita yg sudh trjerumus..kmbali ke pgkl jln..wlupun kta hnya mmpu brdoa..tp itu adlh slh stu usaha yg blh kta lakukn utk    saudara Islam kita sndiri..






CINTAILA ALLAH LBH DR SGALA2NYA..