Wednesday, August 24, 2011

contest : CERPEN TERBAIK



nie contest dr adik sy..(dia paksa sy promote huhu)
tekan banner di atas utk mengetahui lbh lanjut..
tujuan contest nie untuk menimba ilmu dan berkongsi cerita..harap anda sume brminat..

hadiah untuk pertandingan ini ialah mini tafsir al-quran..
cuba la n selamat maju jaya..

wasalam.......

Tuesday, August 16, 2011

* Nuzul Al-Quran *

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.


Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud:
“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia,      dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 


Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya


‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.


  Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang    wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya. 


Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya
Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.




salam nuzul Al-Quran kpd seluruh muslimin dan muslimat..smoga pda bln yg mulia ini..kta sntiasa dbrkatiNya..amin..

Friday, August 12, 2011

Assalammualaikum....

em..dh lma x update blog..
huhu


apa shj yg Allah beri..aku yakin Allah mmberi trbaik kpd ku..
cma kdg2 kita xsdr dan tidak memahami..

ya Allah..Engkau berikan la ptunjuk pd hamba..
agr aku kuat..
dan terima ksh ya Allah..krn Engkau sygkn hamba mu yg kerdil ini..



Cinta itu indah..
jika cinta itu kerana ALLAH.. kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..

Rindu itu indah…
jika rindu itu kerana ALLAH… kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…
Kegembiraan itu indah..
jika gembira itu kerana ALLAH… kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira…
.
Sedih itu indah..
jika sedih itu kerana ALLAH.. kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih…
.
Bosan itu indah..
jika bosan itu kerana ALLAH.. kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu bosankan…
.
Kesibukan itu indah..
jika sibuk itu kerana ALLAH.. kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan…
.
Sakit itu indah..
jika sakit itu kerana ALLAH.. kerana kesakitan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan kamu…
.
Benci itu indah..
jika benci itu kerana ALLAH.. kerana kebencian itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu benci…

Kesusahan dan derita itu indah..
jika ia kerana ALLAH.. kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..